Recent Posts

Tuesday, September 29, 2009

Syurga Cinta

Hantu Lawak

Tuesday, September 8, 2009

Jadikan Kelab Penyokong PAS sebagai sebuah parti pro PAS

Saya ingin merespon satu berita Harakahdaily yang bertajuk 'Bukan Islam jadi ahli PAS, kajian serius masih berjalan' bertarikh Isnin 7 September 2009 | 17 Ramadhan 1430 Hijrah.

Saya cuma hendak menyatakan pandangan selaku individu yang berada dalam kelompok masyarakat dan pelajar yang mengambil jurusan politik di salah sebuah IPT di Malaysia.

PAs merupakan sebuah parti politik yang berideologikan Islam dan memperjuangkan Islam namun masih mengamalkan toleransi terhadap kaum dan etnik yang lain.

Dalam isu kaum bukan Islam hendak menjadi ahli,saya rasa perkara ini haruslah diketepikan terlebih dahulu. Apabila sesebuah parti itu berideologikan Islam, maka orang Islamlah yang sewajarnya menganggotai parti tersebut.

Namun demikian syukurlah kerana parti yang berideologikan Islam mempunyai penyokong daripada kelompok yang beragama lain seperti Buddha dan Hindu. Di sini saya ingin mencadangkan kenapa kelab penyokong PAS wajar untuk dijadikan sebuah parti politik.

Walaupun sebagai parti yang berbeza dari PAS, tetapi dengan menjadikan teras dasar ideologi parti tersebut 'pro PAS' atau 'kerajaan Islam' maka secara tidak langsung merupakan tunjang kepada kekuatan PAS.

Memang dari luaran hal ini kelihatan seperti 2 entiti parti yang berbeza, namun secara tidak langsung, jalinan hubungan akan wujud antara parti Islam dan anak didik yang bakal dihasilkannya yang pro kepada parti Islam iaitu kelab penyokong PAS tadi.

Apabila Kelab Penyokong PAS dibentuk sebagai parti yang berteraskan ideologi pro PAS, tindakan parti ini dapat dikawal dengan menyediakan kepimpinan ulama untuk mengepalainya.

Jika tidak satu badan penasihat dapat juga diwujudkan dalam parti baru itu dengan menyediakan satu badan penasihat seperti Dewan Ulama dalam PAS.

Dengan demikian, maka tidak timbul isu untuk mengubah perlembagaan PAS yang sememangnya bersesuaian untuk dipraktikkan lagi pada masa kini.